13 April 2013 - 19:13
Ikrar Abu Bakar untuk menyerang rumah Fathimah (a.s)

Ikrar Abu Bakar untuk menyerang rumah Fathimah (a.s)


Abdul Rahman al-Dimasyqiyyah, penulis Wahabi di zaman ini di dalam artikel berjudul “قصة حرق عمر رضي الله عنه لبيت فاطمة رضي الله عنها” di dalam web site Faisal Nur telah menerangkan tentang riwayat Ibnu Abi Syaibah sebagai berikut:

1. وددت أني لم أحرق بيت فاطمة... (قول أبي بكر). فيه عُلْوان بن داود البجلي (لسان الميزان، ج4، ص218، ترجمه رقم 1357- 5708 و ميزان الاعتدال، ج3، ص108، ترجمه رقم 5763) قال البخاري وأبو سعيد بن يونس وابن حجر والذهبي «منكر الحديث» وقال العُقيلي (الضعفاء للعُقيلي، ج3، ص420).

Di dalam riwayat mengenai Abu Bakar terdapat nama ʽUlwan bin Daud al-Bajali (Lisan al-Mizan, jilid 4 halaman 218, terjemah nombor 1357-5708 dan Mizan al-ʽItidal jilid 3 halaman 108 terjemah nombor 5763), yang mana al-Bukhari, Abu Saʽid bin Yunus, Ibnu Hajar dan al-Zahabi menganggap dia sebagai “munkar al-Hadis”. al-ʽUqayli pun berkata di dalam kitab al-Dhuʽafa Lil ʽUqayli,m jilid 3 halaman 420.

Asal usul riwayat dalam sumber-sumber Ahlusunnah

Ibnu Zanjawaih di dalam al-Amwal, Ibnu Qutaibah Dainuri di dalam kitab al-Imamah Was-Siyasah, Thabari di dalam kitab Tarikhnya, Ibnu Abd Rabbah di dalam kitab al-ʽAqdul Farid, Masʽudi di dalam kitab Muruj al-Zahab, Thabari di dalam kitab al-Muʽjam al-Kabir, Muqaddasi di dalam kitab al-Ahadis al-Mukhtarah, Shamsuddin Zahabi di dalam kitab Tarikh al-Islam dan banyak lagi… telah menukilkan pengiktirafan Abu Bakar dengan sedikit perbezaan teks. Kami ingin bawakan di sini matan dari kitab al-Amwal ibnu Zanjawaih yang merupakan salah seorang tokoh Ahlusunnah kurun ke-tiga:

أنا حميد أنا عثمان بن صالح، حدثني الليث بن سعد بن عبد الرحمن الفهمي، حدثني علوان، عن صالح بن كيسان، عن حميد بن عبد الرحمن بن عوف، أن أباه عبد الرحمن بن عوف، دخل على أبي بكر الصديق رحمة الله عليه في مرضه الذي قبض فيه ... فقال [أبو بكر] : « أجل إني لا آسى من الدنيا إلا على ثَلاثٍ فَعَلْتُهُنَّ وَدِدْتُ أَنِّي تَرَكْتُهُنَّ، وثلاث تركتهن وددت أني فعلتهن، وثلاث وددت أني سألت عنهن رسول الله (ص)، أما اللاتي وددت أني تركتهن، فوددت أني لم أَكُنْ كَشَفْتُ بيتَ فاطِمَةَ عن شيء، وإن كانوا قد أَغْلَقُوا على الحرب... .

Telah menceritakan kepada kami Hamid, telah menceritakan kepada kami Usman bin Shalih, telah menceritakan kepada kami al-Lays bin Saʽd bin Abdul Rahman al-Fahmi, telah menceritakan kepada kami ʽUlwan, daripada shalih bin Kaysan, daripada Hamid bin Abdul Rahman bin ʽAuf, sesungguhnya ayahnya Abdul Rahman bin ʽAuf bertemu dengan Abu Bakar ketika sedang sakit yang bakal membawa kematiannya…. Maka Abu Bakar berkata:

Aku menyesal terhadap tiga perkara yang telah ku lakukan, aku suka sekali sekiranya tidak melaksanakannya. Salah satunya ialah serangan terhadap rumah Fathimah Az-Zahra. Aku suka sekali kalau tidak menceroboh rumah Fathimah untuk membongkar apapun sekalipun aku…
- Al-Kurasani, Abu Ahmad Hamid bin Makhlad bin Qutaibah bin Abdullah al-maʽruf bi Ibnu Zanjawaih (meninggal dunia pada tahun 251 Hijarah), al-Amwal, jilid 1 halaman 387.
- Al-Dainuri, Abu Muhammad Abdullah bin Muslim Ibnu Qutaibah (meninggal dunia pada tahun 276 Hijrah), Al-Imamah Was Siyasah, jilid 1 halaman 21, tahqiq: Khalil al-Manshur, penerbit Dar Kutub Al-ʽIlmiyyah, Beirut 1418 Hijrah - 1997 Miladi, tahqiq Shiri, jilid 1 halaman 36, tahqiq Zaini, jilid 1 halaman 24;
- Al-Thabari, Muhammad bin Jarir (meninggal dunia 310 Hijrah), Tarikh al-Thabari, jilid 2 halaman 353, penerbit Darul Kutub al-ʽIlmiyyah, Beirut.
- Al-Andalusi, Ahmad bin Muhammad bin Abdul Rabbah (meninggal dunia pada tahun 328 Hijrah), al-ʽAqdul Farid, Jilid 4 halaman 254, penerbit Dar Ihya al-Turats al-ʽArabi, Lubnan, cetakan ke-tiga, 1420 Hijrah - 1999 Miladi.
- Al-Masʽudi, Abul Hasan Ali bin al-Husain bin Ali (meninggal dunia tahun 346 Hijrah), Muruj al-Dhahab, Jilid 1 halaman 290;
- Al-Thabrani, Sulaiman bin Ahmad bin Ayyub Abul Qasim (meninggal dunia pada tahun 360 Hijrah), al-Muʽjam al-Kabir, jilid 1 halaman 62 Hijrah), tahqiq  Hamdi bin Abdul Majid al-Salafi, Penerbit Maktabah al-Zahra, al-Maushul, cetakan ke-dua, 1404 Hijrah 1983 Miladi;
- al-ʽAshimi al-Makki, Abdul Malik bin Husain bin Abdul Malik al-Shafiʽi (meninggal dunia pada tahun 1111 Hijrah), Samṭ al-nujūm al-ʻawālī fī anbāʼ al-awāʼil wa-al-tawālī, jilid 2 halaman 465, tahqiq: ʽAdil Ahmad Abdul Maujud - Ali Muhammad Muʽawwadh, penerbit Darul Kutub al-ʽIlmiyyah, Beirut, 1419 Hijrah 1998 Miladi.

Kritikan dan penelitian terhadap Syubhat Abdul Rahman Dimasyqiyyah

Jawapan pertama: Kritikan riwyat berdasarkan sanad-sanad lain.

Riwayat ini telah dinukilkan dengan beberapa sanad lain yang menunjukkan penukilannya tidak hanya melalui jalur ʽUlwan bin Daud semata-mata. Misalannya, Shamsuddin al-Zahabi setelah menukilkan riwayat ini berkata:

رواه هكذا وأطول من هذا ابن وهب، عن الليث بن سعد، عن صالح بن كيسان، أخرجه كذلك ابن عائذ.

Ibnu Wahb dan Abnu ʽA’iz telah menukilkan riwayat ini dengan lebih terperinci.
- Al-Zahabi, Shamsuddin Muhammad bin Ahmad bin Utsman (meninggal dunia pada tahun 748 Hijrah), Tarikh al-Islam wa wafayat al-Mashahir wal Aʽlam, jilid 3 halaman 118, tahqiq Dr. Umar Abdul Salam Tadmiri, penerbit: Dar al-Kutub al-ʽArabiy - Lubnan, Beirut, cetakan pertama 1407 Hijrah, 1987 Masihi.

Dalam persanadan ini tidak terdapat nama ʽUlwan bin Daud di kalangan para perawinya. Sementara itu Lays bin Saʽd menukilkan riwayat ini dengan secara langsung daripada Shaleh bin Kaysan.

Ibnu ʽAsakir turut menukilkan hadis  ini dengan persanadan yang sama:

أخبرنا أبو البركات عبد الله بن محمد بن الفضل الفراوي وأم المؤيد نازيين المعروفة بجمعة بنت أبي حرب محمد بن الفضل بن أبي حرب قالا أنا أبو القاسم الفضل بن أبي حرب الجرجاني أنبأ أبو بكر أحمد بن الحسن نا أبو العباس أحمد بن يعقوب نا الحسن بن مكرم بن حسان البزار أبو علي ببغداد حدثني أبو الهيثم خالد بن القاسم قال حدثنا ليث بن سعد عن صالح بن كيسان عن حميد بن عبد الرحمن بن عوف عن أبيه... .
كذا رواه خالد بن القاسم المدائني عن الليث وأسقط منه علوان بن داود وقد وقع لي عاليا من حديث الليث وفيه ذكر علوان.

Abu al-Barakat telah menceritakan kepada kami, Abdullah bin Muhammad bin al-Fadhl al-Farawi dan Umm al-Mu'ayyad yang dikenal sebagai Jum'ah binti Abi Harb Muhammad bin al-Fadhl bin Abi Harb, yang berkata kedua-duanya bahawa: Aku dan Abul Qasim al-Fadhl bin Abi Harb al-Jurjani, Abu Bakar Ahmad bin al-Hasan telah menceritakan kepada kami, Abul 'Abbas Ahmad bin al-Qosim telah menceritakan kepada kami dengan berkata: Lays bin Sa'ad menceritakan kepada kami daripada Shalih bin Kaysan, daripada Hamid bin Abdul Rahman bin 'Auf daripada ayahnya...

(selepas menukilkan hadis tersebut beliau berkata) :

Demikianlah yang diriwayatkan oleh Khalid bin al-Qosim al-Mada'ini, daripada al-Lays tanpa perawi bernama 'Ulwan bin Daud, dan aku mempunyai hadis yang telah dinukilkan daripada Lays yang menyebut perawi 'Ulwan.
- Ibnu Asakir, Abi al-Qosim Ali bin al-Hasan Ibnu Hibbat Allah bin Abdillah (meninggal dunia pada tahun 571 Hijrah), Tarikh Madinah Dimasyq, bab Dhikr Fadhliha wa Tasmiyyah min halliha min al-Amthal, jilid 30 muka surat 417 - 419, tahqiq Muhib al-Din Abi Sa'id bin Ghuramah al-'Amri, penerbit Darul Fikr, Beirut, 1995

Bilazari di dalam kitab Ansab al-Ashraf menukilkan riwayat ini dengan sanad berikut:

حدثني حفص بن عمر، ثنا الهيثم بن عدي عن يونس بن يزيد الأيلي عن الزهري أن عبد الرحمن بن عوف قال: دخلت على أبي بكر في مرضه... .

Telah menceritakan kepada kami Hafsh bin Umar, telah menceritakan kepada kami a-Haytham bin ʽAdi bin Yunus bin Yazid al-Ayli, daripada al-Zuhri bahawa Abdul Rahman bin ʽAuf berkata: Aku bertemu Abu Bakar ketika dia sedang sakit…
- Al-Bilazari, Ahmad bin Yahya bin Jabir (meninggal dunia pada tahun 279 Hijrah), Ansab al-Ashraf, jilid 3 halaman 406, menurut software Jamiʽ al-Kabir.

Istifadhah dan pengukuhan riwayat dengan berbagai sanad.

Dengan ini, sekurang-kurangnya riwayat ini dinukilkan dengan tiga jalur persanadan. Sekiranya dikatakan semua jalur pengriwayatan ini masih mempunyai masalah sekalipun, riwayat ini masih tetap menjadi hujah. Ini disebabkan berasaskan kaedah ilmu rijal Ahlusunnah, sekiranya sanad riwayat melebihi dari tiga jalur walaupun ketiga-tiganya dhaif, maka ia saling menguatkan antara satu sama lain. Perkara ini disahkan oleh ulama Sunni Badruddin ʽAini (meninggal dunia pada tahun 855 Hijrah) di dalam kitab ʽUmdatul Qari sebagaimana yang dinukilkan daripada Muhiyddin Nawawi:

وقال النووي في (شرح المهذب): إن الحديث إذا روي من طرق ومفرداتها ضعاف يحتج به، على أنا نقول: قد شهد لمذهبنا عدة أحاديث من الصحابة بطرق مختلفة كثيرة يقوي بعضها بعضا، وإن كان كل واحد ضعيفا.

Nawawi berkata di dalam Syarh al-Muhaddhib: Sekiranya sebuah hadis diriwayatkan dari berbagai jalan yang mana beberapa perawinya adalah dhaif, maka ia dapat dijadikan hujjah. Selain itu kami mengatakan bahawa: Telah masyhur di kalangan mazhab kami bahawa terdapat banyak beberapa hadis daripada sahabat yang saling menguatkan antara satu sama lain, meskipun setiap satu daripadanya dhaif.

- Al-ʽAyni, Badruddin Mahmud bin Ahmad (meninggal dunia pada tahun 855 Hijrah), ʽUmdatul Qari Syarh Sahih al-Bukhari, jilid 3 muka surat 307, penerbit Dar Ihya al-Turath al-ʽArabi - Beirut.

Ibnu Taimiyah Harrani menulis di dalam Majmuʽ al-Fatawa:

تعدّد الطرق وكثرتها يقوي بعضها بعضا حتى قد يحصل العلم بها ولو كان الناقلون فجّارا فسّاقا فكيف إذا كانوا علماء عدولا ولكن كثر في حديثهم الغلط.

Hadis yang berbagai jalan dan mempunyai banyak jalur persanadan saling menguatkan antara satu sama lain sehingga ianya dapat menghasilkan ilmu, meskipun di kalangn orang yang meriwayatkan hadis itu terdapat seorang yang melakukan maksiat dan berlaku fasik. Tidak mungkin hadis itu salah sedangkan ulama yang merawikannya itu adalah adil sementara hadis itu diriwayatkan dengan banyak.
- Ibnu Taimiyah al-Harrani, Ahmad bin Abdul Halim Abul Abbas (meninggal dunia tahun 728 Hijrah), Kutub Wa Rasa’il wa Fatawa Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyah, jilid 18 muka surat 26, tahqiq Abdul Rahman bin Muhammad bin Qasim al-ʽAshimi al-Najdi, penerbit: Maktabah Ibnu Taimiyyah, cetakan kedua.

Oleh itu hadis yang mempunyai berbagai jalur pengriwayatan saling menguatkan antara satu sama lain dan menjadi hujjah meskipun  semua perawinya adalah fasik dan pelaku maksiat. Dalam jalur persanadan hadis pengakuan Abu Bakar tersebut, hanya satu sahaja riwayat yang mengandungi pemungkar hadis. Oleh itu hadis pengakuan tersebut dapat diyakini sebagai hujjah.

Muhammad Nashir al-Bani di dalam kitab Irwaq al-Ghalil ketika menukilkan sebuah riwayat dari berbagai jalur sanad, beliau menulis:

وجملة القول: أن الحديث طرقه كلها لا تخلو من ضعف ولكنه ضعف يسير إذ ليس في شئ منها من اتهم بكذب وإنما العلة الارسال أو سوء الحفظ ومن المقرر في « علم المصطلح » أن الطرق يقوي بعضها بعضا إذا لم يكن فيها متهم.

Sesungguhnya hadis tersebut mempunyai berbagai jalur sanad yang mana semuanya tidak terlepas dari kedhaifan, namun kedhaifannya tidak penting kerana tidak ada orang yang dituduh pembohong. Cuma ianya menjadi faktor kemursalannya atau kurang ingatan dalam menghafal. Menurut kaedah dalam ilmu al-Mushtalah, sesungguhnya riwayat yang mempunyai banyak jalur persanadannya akan saling menguatkan antara satu sama lain selagi tidak ada yang dituduh dengan sesuatu.
- Albani Muhammad Nashir, Irwa al-Ghalil Fi Takhrij Ahadis Manar al-Sabil, jilid 1 halaman 160, tahqiq: Ishraf: Zuhair al-Shawish, penerbit: al-Maktabah al-Islamiy - Beirut - Lubnan, cetakan kedua 1405 Hijrah - 1985 Miladi.

Kesimpulannya, sekalipun riwayat ini dikatakan dhaif menurut sanad, namun ia tetap menjadi hujjah dan dapat digunakan sebagai dalil.

Jawapan kedua: Kesaksian Ulama Ahlusunnah terhadap kesahihan hadis.

Saʽid bin Manshur (meninggal dunia tahun 227 Hijrah) menghasankan hadis tersebut

Saʽid bin Manshur yang merupakan salah seorang ahli hadis dalam kurun ke-3 Hijrah telah menukilkan hadis ini di dalam kitab Sunannya dan mengkategorikannya sebagai “Hasan”.

Jalaluddin al-Sayuthi di dalam kitab Jamiʽ al-Ahadis dan Musnad Fathimah, begitu juga Muttaqi al-Hindi di dalam kitab Kanzul Ummal membuat kenyataan berikut setelah menukilkan hadis ini:

أَبو عبيد في كتاب الأَمْوَالِ، عق وخيثمة بن سليمان الطرابلسي في فضائل الصحابة، طب، كر، ص، وقال: إِنَّه حديث حسن إِلاَّ أَنَّهُ ليس فيه شيءٌ عن النبي.

Abu ʽUbaid menukilkan riwayat ini di dalam kitab al-Amwal, ʽUqaili, al-Tharablusi di dalam Fadha’il al-Shahabah, Thabrani di dalam kitab Muʽjam al-Kabir, Ibnu ʽAsakir di dalam kitab Tarikh Madinah Dimasyq, dan Saʽid bin Manshur menukilkan sendiri di dalam Sunannya sambil berkata: Hadis ini Hasan melainkan ianya adalah bukan ucapan Nabi.
- Al-Suyuthi, Jalaluddin Abdul Rahman bin Abi Bakr (meninggal dunia pada tahun 911 hijrah), Jamiʽ al-Ahadis (al-Jamiʽ al-Shaghir wa Zawaʽid wal Jamiʽ al-Kabir), jilid 13 muka surat 101 dan jilid 17 muka surat 48.
- al-Sayuhti, Jalauddin Abdul Rahman bin Abi Bakr (meninggal dunia pada tahun 911 Hijrah), Musnad Fathimah, muka surat 34 dan 35, penerbit yayasan al-Kutub al-Tsaqafiyyah - Beirut, cetakan pertama.
- al-Hindi, ʽAla’uddin Ali Muttaqi bin Hussam al-Din (meninggal dunia pada tahun 975 Hijrah), Kanzul Ummal fi Sunan al-Aqwal wal Afʽal, jilid 5 halaman 252, tahqiq: Mahmud Umar al-Damyathi, penerbit Darul Kutub al-ʽAlamiyyah, Beirut, cetakan pertama 1419 Hijrah 1998  Masihi.

Menurut apa yang telah dikatakan oleh Suyuthi dan Muttaqi al-Hindi di dalam pengantara kata kitabnya, maksud dari huruf shad (ص) adalah Saʽid bin Manshur:

 (ص) لسعيد ابن منصور في سننه.

Shad (ص) untuk Saʽid ibnu Manshur di dalam sunannya.
- Al-Sayuthi, Jalaluddin Abdul Rahman bin Abi Bakr (meninggal dunia pada tahun 911 Hijrah), al-Shama’il al-Sharif, jilid 1 halaman 16, tahqiq: Hasan bin ʽAbid Bahubishi, penerbit Dar Tha’ir al-ílm Lil Nashr wal Tawziʽ;
- Al-Qashimi, Muhammad Jamaluddin (meninggal pada tahun 1332 hijrah), Qawaʽid al-Tahdith min funun Mudhthalah al-Hadith, jilid 1 halaman 244, penerbit: Dar Kutub al-ʽilmiyyah, Beirut, cetakan pertama: 1399 Hijrah 1979 Masihi.

Syarah perihal Saʽid bin Manshur

Zahabi berkata tentangnya:

سعيد بن منصور. ابن شعبة الحافظ الإمام شيخ الحرم... وكان ثقة صادقا من أوعية العلم... وقال أبو حاتم الرازي هو ثقة من المتقنين الأثبات ممن جمع وصنف.

Saʽid bin Manshur. Ibnu Syuʽbah, seorang hafiz, imam, dan syeikhul Haram… seorang yang thiqah, jujur, wadah ilmu… Abu Hatim al-Razi berkata: Beliau seorang yang tsiqah, daripada seorang yang bertaqwa, seorang yang konsisten mengumpul dan menulis.
- Al-Zahabi, Shamsuddin Muhammad bin Ahmad bin Uthman, (meninggal dunia pada tahun 748 Hijrah), Siyar Aʽlam al-Nubala, jilid 10 halaman 586, tahqiq: Suʽaib al-Arna’ut, Muhammad Naʽim al-ʽArqasusi, penerbit: Yayasan al-Risalah, Beirut, cetakan ke-sembilan, 1413 Hijrah.

Di dalam Tadhkiratul Huffaz, Zahabi berkata:


سعيد بن منصور بن شعبة الحافظ الإمام الحجة... .

Saʽid bin Manshur bin Syuʽbah seorang hafiz, imam dan hujjah.
- Al-Zahabi, Shamsuddin Muhammad bin Ahmad bin Usman, (meninggal dunia tahun 748 Hijrah), Tazkiratul Huffaz, jilid 2 halaman 416, penerbit Dar Kutub al-ʽilmiyah, Beirut, cetakan pertama.

Pengakuan individu seperti Saʽid bin Manshur dalam kurun ke-tiga Hijrah dan tafsirannya bahawa hadis ini adalah “Hasan” menunjukkan bahawa riwayat ini telah dikupas pada kurun pertama Islam dan ianya telah diterima oleh tokoh-tokoh Ahlusunnah.

2. Dhiya al-Muqaddasi (meninggal dunia pada tahun 643 Hijrah) telah meng“Hasan”kan hadis ini.

Muqaddasi Hanbali merupakan tokoh terkenal Ahlusunnah dalam bidang ilmu hadis dalam kurun ke-7. Beliau telah menganggap hadis ini sebagai Hasan:

قلت وهذا حديث حسن عن أبي بكر إلا أنه ليس فيه شيء من قول النبي (ص).

Aku berkata: Standard hadis ini adalah “Hasan”, daripada Abu Bakar, melainkan ianya bukan dari ucapan Nabi (s.a.w).
- Al-Muqaddasi al-Hanbali, Abu Abdillah Muhammad bin Abdul Wahid bin Ahmad (meninggal dunia pada tahun 643 Hijrah), al-Ahadis al-Mukhtarah (الأحاديث المختارة), jilid 1 halaman 90, tahqiq ʽAbdul Malik bin Abdullah bin Dahish, penerbit: Maktabah al-Nahdhah al-Hadithiyyah, Makkah al-Mukarramah, cetakan pertama 1410 Hijrah.

Syarah perihal Muqaddasi Hanbali

Zahabi menulis tentangnya:

الضياء الإمام العالم الحافظ الحجة محدث الشام شيخ السنة ضياء الدين أبو عبد الله محمد بن عبد الواحد... الحنبلي صاحب التصانيف النافعة... وحصل أصولا كثيرة ونسخ وصنف وصحح ولين وجرح وعدل وكان المرجوع إليه في هذا الشأن.
قال تلميذه عمر بن الحاجب: شيخنا أبو عبد الله شيخ وقته ونسيج وحده علما وحفظا وثقة ودينا من العلماء الربانيين وهو أكبر من أن يدل عليه مثلي كان شديد التحري في الرواية مجتهدا في العبادة كثير الذكر منقطعا متواضعا سهل العارية.
رأيت جماعة من المحدثين ذكروه فأطنبوا في حقه ومدحوه بالحفظ والزهد سألت الزكي البرزالي عنه فقال: ثقة جبل حافظ دين قال بن النجار: حافظ متقن حجة عالم بالرجال ورع تقي ما رأيت مثله في نزاهته وعفته وحسن طريقته وقال الشرف بن النابلسي: ما رأيت مثل شيخنا الضياء.

Dhiya Muqaddasi, seorang Imam, hafiz, hujjah, muhaddis, warga Sham, syeikhul sunnah, Dhiyauddin Abu Abdillah Muhammad bin 'Abdul Wahid... al-Hanbali penulis kitab yang berguna... beliau menyalin, mengarang, mensahihkan, menyaring dan mengadili, pakar rujuk mengenai perkara tersebut.

Muridnya Umar bin al-Hajib: Guru kami Abu Abdillah adalah Syeikh di zamannya, dari segi amal dan agama beliau satu-satunya tokoh yang dapat dipercayai, dan salah seorang cendiakawan tersohor, aku lebih kecil daripadanya untuk berbicara tentangnya, beliau adalah seorang yang amat teliti dalam mengkaji hadis, bersungguh-sungguh dalam beribadah, banyak berzikir, tiada bandingannya, tawaddhu'.

Aku melihat golongan daripada ahli hadis menyebutnya dengan pujian seperti al-hafiz dan orang yang zuhud. Aku telah bertanya tentangnya kepada al-Zaki al-Bazzani, dia berkata: tsiqah dan hafiz al-din. Ibnu Najjar berkata: Hafiz, hujjah, alim dengan ilmu rijal, wara', bertaqwa, tidak aku lihat orang yang suci dan baik sepertinya . al-Sharf bin al-Nablusi berkata: Tidak pernah aku lihat orang seperti guru kita al-Dhiya'.
- Al-Zahabi, Shamsuddin Muhammad bin Ahmad bin Ustman, (meninggal dunia tahun 748 Hijrah), Tazkirah al-Huffaz, jilid 4 muka surat 1405, penerbit Dar al-Kutub al-ʽIlmiyah, Beirut, cetakan pertama.

Perkara ini turut dinukilkan juga oleh Ibnu Rajab al-Hanbali, Jalaluddin al-Sayuthi dan al-ʻAkarī al-Ḥanbalī:

- Ibnu Rajab al-Hanbali, Abdul Rahman bin Ahmad (meninggal dunia pada tahun 795 Hijrah), Dhail Thabaqat al-Hanabilah, jilid 1 muka surat 279.
- Al-Sayuthi, Jalaluddin Abdul Rahman bin Abi Bakr (meninggal dunia pada tahun 911 Hijrah), Thabaqat al-Huffaz, jilid 1 halaman 497, penerbit Darul Kutub al-ʽilmiyyah, Beirut, cetakan pertama 1403 Hijrah.
- Al-ʻAkarī al-Ḥanbalī, ʽAbdul Hay bin Ahmad bin Muhammad (meninggal dunia tahun 1089 Hijrah), Shadharat al-Dhahab fi Akhbar min Dhahab, jilid 5 muka surat 225, tahqiq: Abdul Qadir al-Arna’ut, Mahmud al-Arna’uth, penerbit: Dar ibnu Kathir, Dimasyq, cetakan pertama 1406 Hijrah.

Cukuplah pujian beberapa orang ulama Ahlusunnah untuk kemuktabaran Muqaddasi.

Jawapan ketiga: kesahihan sanad riwayat

Bahagian ini dimulakan dengan penelitian sanad hadis, setelah itu kami akan menyelidik kata-kata Abdul Rahman Dimashqiyyah dan pemikir sepertinya yang mendhaifkan hadis ini atas sebab “kemungkaran hadis” pada perawi ʽUlwan. Dengan ini kami buktikan bahawa, pertama: ada bukti ketsiqahan ʽUlwan; kedua: “Munkar Hadis” yang dikaitkan padanya tidak sahih. Ketiga: Katakanlah tuduhan yang dikaitkan padanya ini benar, kemungkaran hadis pada ʽUlwan tidak akan menjejaskan hadis tersebut.

Ibnu Hajar berkata tentang Hamid bin Makhlad bin Qutaibah bin Abdullah al-Azdi (meninggal dunia tahun 248 atau 251 Hijrah), pengarang kitab al-Amwal:

حميد بن مخلد بن قتيبة بن عبد الله الأزدي أبو أحمد بن زنجويه وهو لقب أبيه ثقة ثبت له تصانيف.

Hamid bin Makhlad bin Qutaibah bin Abdullah al-Azdi Abu Ahmad bin Zanjawaih, iaitu gelaran ayahnya, seorang yang tsiqah, dia mempunyai karya penulisan.
- Al-ʽAsqalani, Ibnu Hajar, Taqrib al-Tahdhib, jilid 1 muka surat 182, nombor 1558.

Uthman bin Shalih bin Shafwan al-Sahmi (meninggal dunia pada tahun 219 Hijrah), merupakan perawi hadis Bukhari, Nasa’i dan Ibnu Majah:

عثمان بن صالح بن صفوان السهمي مولاهم أبو يحيى المصري صدوق.

- Al-ʽAsqalani, Ibnu Hajar, Taqrib al-Tahdhib, jilid 1 muka surat 384, nombor 4480.

Lays bin Saʽd bin Abdul Rahman al-Fahmi (meninggal dunia tahun 175 Hijrah), merupakan perawi hadis Bukhari dan Muslim…

الليث بن سعد بن عبد الرحمن الفهمي أبو الحارث المصري ثقة ثبت فقيه إمام مشهور.

Lays bin Saʽd Abdul Rahman al-Fahmi, Abu Harith al-Mishri, tsiqah…
- Al-ʽAsqalani, Ibnu Hajar, Taqrib al-Tahdhib, jilid 1 muka surat 464, nombor 5684.

ʽUlwan bin Daud, akan dibahaskan dengan terperinci nanti.

صالح بن كيسان (متوفاى بعد از 130 يا 140 هـ) ، از روات صحيح بخارى ، مسلم و…

Shalih bin Kaysan, (meninggal dunia setelah 130 atau 140 Hijrah), merupakan perawi hadis Bukhari, Muslim…

صالح بن كيسان المدني أبو محمد أو أبو الحارث مؤدب ولد عمر بن عبد العزيز ثقة ثبت فقيه.


Shalih bin Kaysan al-Madani, Abu Muhammad atau Abul Haris… tsiqah
- Al-ʽAsqalani, Ibnu Hajar, Taqrib al-Tahdhib, jilid 1 muka surat 273, nombor 5884.

Hamid bin Abdul Rahman bin ʽAuf (meninggal dunia 105 Hijrah), merupakan perawi hadis Sahih Bukhari dan Muslim…

حميد بن عبد الرحمن بن عوف الزهري المدني ثقة.

Hamid bin Abdul Rahman bin ʽAuf al-Zuhri al-Madani seorang yang tsiqah.
- Al-ʽAsqalani, Ibnu Hajar, Taqrib al-Tahdhib, jilid 1 muka surat 182, nombor 1552.

Abdul Rahman bin ʽAuf, seorang sahabat nabi.

Benarkah ʽUlwan bin Daud seorang “munkar al-Hadis”?

Satu-satunya sanad yang dipermasalahkan dalam hadis ini ialah ʽUlwan bin Daud, iaitu beliau dikatakan sebagai “munkar al-Hadis”. Zahabi dan Ibnu Hajar al-ʽAsqalani menukilkan hadis ini dan berkata:

قال البخاري: عُلْوَانُ بن دَاوُد، ويقال ابن صالح. منكر الحديث.

Al-Bukhari berkata: ʽUlwan bin Daud yang dipanggil sebagai Ibnu Shalih adalah “munkar al-Hadis”.

- al-Zahabi, Shamsuddin Muhammad bin Ahmad bin Usman (meninggal dunia tahun 748 Hijrah), Mizan al-Iʽtidal Fi Naqd al-Rijal, jilid 5 halaman 135, tahqiq: al-Shaykh Ali Muhammad Muʽawwadh dan al-Shaykh ʽAdil Ahmad ʽAbdul Maujud, penerbit: Darul Kutub al-ʽIlmiyyah, Beirut, cetakan pertama, 1995 Masihi.
- Al-ʽAsqalani al-Shafiʽi, Ahmad bin ʽAli bin Hajar Abul Fadhl (meninggal dunia pada tahun 852 Hijrah), Lisan al-Mizan, jilid 4 halaman 189, tahqiq: Da’irah al-Maʽarif al-Nizhamiyyah - Hind, penerbit: Mu’assasah al-Aʽlami lil Mathbuʽat - Beirut, cetakan ketiga 1406 Hijrah - 1986 Masihi.

Pernyataan mereka ini mempunyai beberapa masalah yang patut kita perhatikan.

1. Pentsiqahan ʽUlwan oleh Ibnu Hibban

Tokoh ilmu rijal Ahlusunnah, Ibnu Hibban telah menyebut nama ʽUlwan bin Daud al-Bajali, di dalam kitab al-Tsiqat (الثقات) sebagai berikut:

عُلْوان بن داود البِجِلّي من أهل الكوفة يروي عن مالك بن مِغْوَل روى عنه عمر بن عثمان الحِمْصي.


ʽUlwan bin Daud al-Bajali, warga Kufah, meriwayatkan hadis daripada Malik bin Mighwal, Umar bin Uthman al-Himshi meriwayatkan hadis daripadanya.
- Al-Tamimi al-Basati, Muhammad bin Hibban bin Ahmad Abu Hatim (meninggal dunia pada tahun 354 Hijrah, al-Thiqat, jilid 8 muka surat 526, nombor 14829, tahqiq al-Sayid Syaraf al-Din Ahmad, penerbit Darul Fikr, cetakan pertama 1395 Hijrah - 1975 Masihi.

Ini menunjukkan Ibnu Hibban telah mentsiqahkannya.

Apakah Ibnu Hibban terlalu berlembut dalam mentsiqahkan seseorang?

Kemungkinan ada orang yang menimbulkan permasalahan bahawa Ibnu Hibban terlalu lunak dalam penilaian rijal, iaitu Ibnu Hibban tidak terlalu teliti dalam mentsiqahkan seseorang.

Namun dengan berdasarkan fokus kita terhadap qarinah-qarinah dan kesaksian-kesaksian yang ada, perkara ini tidak benar. Sebaliknya ulama Ahlusunnah mengakui bahawa Ibnu Hibban seorang yang terlalu berat dalam mentsiqahkan sesiapapun.

1): Pentsiqahan Ibnu Hibban disahkan oleh Mizzi dan Ibnu Hajar

Shuʽaib al-Arna’ut, peneliti kitab Sahih Ibnu Hibban menukilkan kata-kata Zahabi dalam senarai ulama rijal dengan mengatakan:

من هنا برزت أهمية توثيق ابن حبان، ولأهميتها فقد اعتمد الحافظ المزي على كتاب «الثقات» له، والتزم في «تهذيب الكمال» إذا كان الراوي ممن له ذكر في «الثقات» أن يقول: ذكره ابن حبان في «الثقات».
وتابعه الحافظ ابن حجر في «تهذيب التهذيب». ولكن بعضهم، مع هذا، نسب ابن حبان إلى التساهل، فقال: وهو واسع الخطو في باب التوثيق، يوثّق كثيراً ممن يستحق الجرح.

Dari sini jelaslah betapa pentingnya pentsiqahan Ibnu Hibban, al-Hafiz al-Mizzi meyakini kepentingannya di dalam kitab al-Tsiqat, dan pendiriannya terdapat di dalam kitab Tahdhib al-Kamal, sekiranya ada perawi yang disebut di dalam kitab tsiqat, Mizzi akan berkata: Ibnu Hibban menyebutnya di dalam kitab al-Tsiqat.

Al-Hafiz Ibnu Hajar juga menurutinya di dalam kitab Tahdhib al-Tahdhib. Meskipun ada yang telah mengaitkan Ibnu Hibban sebagai sambil lewa namun ia mengatakan: Ibnu Hibban mempunyai pandangan yang luas di dalam pentsiqahannya, beliau mentsiqahkan ramai yang sepatutnya menurut “Jarh”.
- Muqaddimah Ibnu al-Shalah, muka surat 22, cetakan Doktor Nuruddin ʽItr

2) Zahabi: Ibnu Hibban sumber rujukan golongan tsiqah.

Zahabi berkata di dalam kitab al-Muqizah:

ويَنْبُوعُ معرفة الثقات: تاريخُ البخاريِّ، وابنِ أبي حاتم، وابنِ حِبَّان، وكتابُ تهذيب الكمال.

Kitab Tarikh al-Bukhari, Ibnu Abi Hatim, Ibnu Hibban dan kitab Tahzibul Kamal merupakan sumber mengenal orang yang dapat dipercayakan.
- Al-Zahabi, Shamsuddin Muhammad bin Ahmad bin Uthman (meninggal pada tahun 748 Hijrah), al-Muqizah Fi Ilmi Mushthalah al-Hadis, jilid 1 muka surat 18 menurut software al-Maktabah al-Shamilah.

Ucapan Zahabi ini menunjukkan kedudukan tinggi Ibnu Hibban, hakikatnya beliau ingin berkata: Barangsiapa yang ingin mengenalpasti individu-individu tsiqah, hendaklah ia merujuk kepada beberapa kitab seperti yang telah ditulis oleh Ibnu Hibban. Ini disebabkan beliau adalah sumber untuk mengenal orang yang tsiqah.
 
3) Sayuthi menolak tuduhan sambil lewa terhadap Ibnu Hibban.

Suyuthi juga turut menafikan tuduhan sambil lewa terhadap Ibnu Hibban dalam kitab Tadrib al-Rawi (تدريب الراوى) dengan memetik jawapan dari kata-kata Ibnu Hazim:

وما ذكر من تساهل ابن حبان ليس بصحيح؛ فإن غايته أنه يسمي الحسن صحيحاً فإن كانت نسبته إلى التساهل باعتبار وجدان الحسن في كتابه فهي مشاحة في الاصطلاح وإن كانت باعتبار خفة شروطه فإنه يخرج في الصحيح ما كان راويه ثقة غير مدلس.

Apa yang dikatakan sebagai sambil lewa terhadap Ibnu Hibban tidak benar; Ini disebabkan pada akhirnya dia menamakan hadis “Hasan” sebagai “Sahih”. Sekiranya inilah yang dimaksudkan sebagai sambil lewa itu, yang mana di dalam kitabnya ada hadis Hasan, permasalahan ini hanyalah dalam istilah menurut Ibnu Hibban. Sekiranya masalahnya adalah beliau memandang ringan terhadap syarat-syarat pensahihan, ini juga tidak dapat membangkangnya; Ini disebabkan beliau telah meriwayatkan hadis di dalam kitab sahihnya dengan perawi yang tsiqah, dan tidak menipu.
- Al-Sayuthi, Jalaluddin Abdul Rahman bin Abi Bakr (meninggal dunia pada tahun 911 hijrah), Tadrib al-Rawi Fi Syarh Taqrib al-Nawawi, jilid 1 halaman 108, tahqiq: Abdul Wahhab Abdul Latif, penerbit: Maktabah al-Riyadh al-Hadithiyyah - Riyadh.

3) Sakhawi menolak tuduhan sambil lewa terhadap Ibnu Hibban

Shamsuddin al-Sakhawi menulis:

مع أن شيخنا (ابن حجر) قد نازع في نسبته (ابن حبان) إلى التساهل من هذه الحيثية وعبارته إن كانت باعتبار وجدان الحسن في كتابه فهي مشاحة في الإصطلاح؛ لأنه يسميه صحيحا.

Walaupun guru kami (Ibnu Hajar) mempunyai pertikaian tentang standardnya (Ibnu Hibban) iaitu mengaitkannya dengan sikap “sambil lewa”. Tafsiran beliau ialah sekiranya terdapat banyak hadis dikategorikan “Hasan” di dalam kitabnya, ini hanyalah sejenis ikhtilaf dalam penggunaan istilah di mana klasifikasi hadis “Hasan” dipanggilnya sebagai “Sahih”.
- Al-Sakhawi, Shamsuddin Muhammad bin Abdul Rahman (meninggal dunia pada tahun 902 Hijrah), Fathul Mughith bi Sharh Al-fiyyatul Hadith, jilid 1 muka surat 36, penerbit Darul Kutub al-ʽilmiyah, Lubnan, cetakan pertama 1403 Hijrah.

Perkara ini juga telah dinukilkan oleh Abdul Hayy Lacknawi di dalam kitab al-Rafʽ wa al-Takmil (الرفع و التكميل), begitu juga Muhammad Jamal al-Din Qasimi dalam kiab Qawaʽid al-Tahdith (قواعد التحديث). Sila rujuk:

- Al-Lacknawi al-Hindi, Abul Hasanat Muhammad Abdul Hay (meninggal dunia pada tahun 1304 Hijrah), al-Rafʽ wal Takmil Fi Jarh wal Taʽdil, jilid 1 halaman 338, tahqiq: ʽAbdul Fattah Abu Ghadah, penerbit Maktabah al-Mathbuʽat al-Islamiyyah, Halab, cetakan ke-tiga 1407 Hijrah.
- Al-Qasimi, Muhammad Jamal al-Diin (meninggal pada tahun 1332 hijrah), Qawaʽid al-Tahdith Min Funun Mushtalah al-Hadith, jilid 1 muka surat 250, penerbit Darul Kutub al-ʽIlmiyah, Beirut, cetakan pertama 1399 Hijrah - 1979 Masihi.

4) Ulama Ahlusunnah menganggap Ibnu Hibban seorang yang amat teliti.

1. Shamsuddin Zahabi

Tidak seperti dakwaan yang dikaitkan pada Ibnu Hibban, Zahabi mempunyai pandangan lain dan di dalam kitab Mizan al-Iʽtidal berkata:

ابن حبان ربما قصب (جرح) الثقة حتي كأنه لا يدري ما يخرج من رأسه.

Ketika Ibnu Hibban menyaring orang yang tsiqah, seolah-olah dia tidak tahu apa yang akan keluar dari kepalanya.
- Al-Zahabi, Shamsuddin Muhammad bin Ahmad bin Uthman (meninggal dunia pada tahun 748 Hijrah), Mizan al-Iʽtidal fi Naqd al-Rijal, jilid 1 muka surat 441, terjemah Aflaj bin Yazid, tahqiq: al-Sheikh Ali Muhammad Muawwidh dan Sheikh ʽAdil Ahmad Abdul Maujud, penerbit Darul Kutub al-ʽIlmiyah, Beirut, cetakan pertama 1995 Masihi.

2. Lacknawi al-Hindi

Abul Hasanat Lacknawi menulis di dalam kitab al-Rafʽ wal Takmil seperti berikut:

وقد نسب بعضهم التساهل إلى ابن حبان وقالوا هو واسع الخطو في باب التوثيق، يوثّق كثيراً ممّن يستحق الجرح وهو قول ضعيف.
فإنّك قد عرفت سابقاً أنّ ابن حبان معدود ممن له تعنت وإسراف في جرح الرجال ومن هذا حاله لا يمكن أن يكون متساهلاً في تعديل الرجال وإنّما يقع التعارض كثيراً بين توثيقه وبين جرح غيره لكفاية ما لا يكفي في التوثيق عند غيره عنده.

Sebahagian orang mengaitkan Ibnu Hibban sebagai sambil lewa, mereka berkata: “Beliau mempunyai pandangan yang luas dalam mentsiqahkan seseorang; Ini disebabkan ramai orang yang sepatutnya perlu disaring telah dipuji dan ditsiqahkannya”. Pandangan ini adalah dhaif.

Sesungguhnya engkau telah tahu sebelumnya bahawa Ibnu Hibban termasuk orang yang amat keras dan berlebih-lebihan dalam penilaian rijal. Apabila keadaannya begini, tak mungkin beliau sambil lewa dalam mengadili rijal. Memang terdapat banyak pertentangan antara pentsiqahannya dengan penilaian rijal orang lain, ini disebabkan beliau menilai secukupnya, tidak seperti orang lain yang masih belum menilai dengan secukupnya.
- Al-Laknawi al-Hindi, Abul Hasanat Muhammad ʽAbdul Hay (meninggap pada tahun 1304 Hijrah), al-Rafʽ wal Takmil Fi Jarh wal Taʽdil, jilid 1 muka surat 335, Tahqiq: ʽAbdul Fattah Abu Ghadah, penerbit Maktab al-Mathbuʽat al-Islamiyyah - Halan, cetakan ke-tiga 1407 Hijrah.

3. Shuʽaib al-Arna’uth

Shuʽaib al-Arna’uth, seorang pengkaji kitab Sahih Ibnu Hibban berkata tentang perkara ini:

قد أشار الأئمة إلى تشدده وتعنته في الجرح.

Para pemimpin agama telah menunjukkan bahawa beliau sangat keras dalam Jarh.
- Sahih Ibnu Hibban, jilid 1 muka surat 36 dengan tahqiq Shuʽaib al-Arna’uth.

Setelah itu beliau membawa berbagai contoh yang membuktikan kekerasannya dalam mentsiqahkan rijal.

2. Pertikaian seperti ini tidaklah dapat disabitkan kepada al-Bukhari

Dengan membaca kitab-kitab Bukhari seperti Tarikh al-Kabir, al-Kuna, al-Tarikh al-Aushat dan Dhuʽafa al-Shaghir, kita tidak dapat menemui sebarang syarah tentang ʽUlwan bin Daud sehingga kita benar-benar yakin bahawa Bukhari memang berpandangan bahawa perawi ini adalah “munkar al-Hadis”. Orang pertama yang berkata seperti ini adalah ʽUqayli di dalam kitab al-Dhuʽafa al-Kabir yang mana Adam bin Musa telah menukilkan daripada al-Bukhari:

حدثني آدم بن موسى قال سمعت البخاري قال علوان بن داود البجلي ويقال علوان بن صالح منكر الحديث.

Adam bin Musa berkata: Aku telah mendengar al-Bukhari berkata: ʽUlwan bin Daud al-Bajali dipanggil ʽUlwan bin Shalih, beliau adalah “munkar al-Hadis”.
- Al-ʽUqayli, Abu Jaʽafar Muhammad bin ʽUmar bin Musa (meninggal dunia pada tahun 322 Hijrah, al-Dhuʽafa al-Kabir, jilid 3 halaman 419, tahqiq: ʽAbdul Muʽthi Amin Qal’aji, penerbit Darul Maktabah al-ʽilmiyyah - Beirut, cetakan pertama, 1404 Hijrah 1984 Masihi.

Masalah asasi di sini ialah nama Adam bin Musa yang menukilkan kata-kata al-Bukhari itu tidak terdapat di dalam mana-mana kitab rijal ahlusunnah. Hakikatnya individu ini adalah majhul; Sehingga ke peringkat Muhammad Nashir al-Bani dalam Irwa’ al-Ghalil mempertikankan Adam dalam hadis yang ada sanadnya:

لكن آدم بن موسى لم أجد له ترجمة الآن.

Tetapi, sehingga kini aku tidak jumpa terjemah perihal Adam bin Musa.
- Al-Albani, Muhammad Nashir (meninggal dunia tahun 1420 Hijrah), Irwa al-Ghalil, jilid 5 muka surat 242, tahqiq: Ishraf: Zuhair al-Shawish, penerbit: al-Maktab al-Islami - Beirut - Lubnan, cetakan kedua, 1405 Hijrah - 1985 Masihi.

Oleh itu asal usul penyandaran ucapan ini kepada Bukhari masih belum dapat dibuktikan.

3. Tidak semestinya “munkar al-Hadis” itu dhaʽif.

Tidak semestinya “munkar al-Hadis” dapat menyebabkan perawi menjadi dhaʽif dengan begitu mudah; Ini disebabkan istilah ini telah dikenakan kepada ramai perawi hadis yang tsiqah.

Zahabi dan Ibnu Hajar dalam berbagai tempat yang menguntungkan mereka telah berterus terang bahawa setiap “munkar al-Hadis” bukanlah dhaif.

Dalam terjemahan Ahmad bin ʽAttab, Zahabi di dalam Mizan al-Iʽtidal berkata:

ما كل من روي المناكير يضعّف.

Setiap perawi yang “munkar” tidak boleh didhaifkan.
- Al-Zahabi, Shamsuddin Muhammad bin Ahmad bin Uthman (meninggal tahun 748 Hijrah), Mizan al-Iʽtidal fi Naqd al-Rijal, jilid 1 muka surat 259, tahqiq: Syeikh Ali Muhammad Muʽawwidh dan al-Syeikh Adil Ahmad Abdul Mawjud, penerbit Darul Kutub al-ʽIlmiyyah - Beirut, cetakan pertama, 1995 Masihi.

Ketika menterjemahkan perihal Husain bin Fadhl al-Bajali, Ibnu Hajar al-ʽAsqalani di dalam Lisan al-Mizan berkata:

فلو كان كل من روى شيئاً منكراً استحق أن يذكر في الضعفاء، لما سلم من المحدثين أحد.

Sekiranya setiap seorang dari perawi “munkar” layak disebut dalam golongan yang dhaif, maka tidak seorang pun ahli hadis yang terselamat.
- Al-ʽAsqalani al-Shafiʽi, Ahmad bin Ali bin Hajar Abul Fadhl (meninggal tahun 852 Hijrah), Lisan al-Mizan, jilid 2 muka surat 307, tahqiq: Da’irah al-Maʽarif al-Nizhamiyyah - al-Hind, penerbit: Mu’asasah al-Aʽlami Lil Mathbuʽat - Beirut, cetakan ketiga, 1406 Hijrah - 1989 Miladi.

Sekarang apakah sebab kata-kata Zahabi dan Ibnu Hajar saling bertentangan? Kalau bukan kerana fanatik terhadap maruah khalifah apakah alasan lain yang menyebabkan mereka bertindak demikian? kebetulan pula hadis ini satu-satunya dinukilkannya telah dikategorikan oleh ulama Sunni sebagai “munkar”.

Dar Qathani menulis dalam kitab Su’alat al-Hakim (سؤالات الحاكم):

فسليمان بن بنت شرحبيل؟ قال: ثقة. قلت: أليس عنده مناكير؟ قال: يحدث بها عن قوم ضعفاء؛ فأما هو فهو ثقة.

Aku bertanya: Bagaimana tentang Sulaiman? jawabnya: Tsiqah. Aku bertanya: Tidakkah beliau salah seorang yang “munkar”? Jawabnya: Beliau menukilkan hadis daripada golongan dhaif, namun dirinya sendiri adalah tsiqah.
- Al-Dar Qathani al-Baghdadi, Ali bin Umar Abul Hasan (meninggal tahun 385 Hijrah), Su’alat al-Hakim al-Nisyaburi, jilid 1 muka surat 217, nombor 339, tahqiq Dr. Muwaffaq bin Abdullah bin Abdul Qadir, penerbit: Maktabah al-Maʽarif, al-Riyadh, cetakan pertama 1404 Hijrah - 1984 Masihi.

Shamsuddin Sakhawi menulis:

وقد يطلق ذلك [منكر الحديث] على الثقة إذا روى المناكير عن الضعفاء.

Gelaran tersebut (munkar al-Hadis) dipanggil untuk orang yang tsiqah sekiranya meriwayatkan hadis daripada orang yang dhaif.
- Al-Sakhawi, Shamsuddin Muhammad bin ʽAbdul Rahman (meninggal pada tahun 902 Hijrah) Fathul Mughith bi Sharh Al-fiyyatul Hadith, jilid 1 muka surat 373, penerbit Dar al-Kutub al-ʽIlmiyyah - Lubnan, cetakan pertama 1403 Hijrah.

4. Bukhari telah meriwayatkan hadis daripada perawi yang “munkar al-Hadis”

Dalam Sahih al-Bukhari, (yang dianggap kitab paling sahih setelah al-Quran di kalangan Ahlusunnah) terdapat beberapa orang perawi yang telah diistilahkan sebagai “munkar al-Hadis” yang mana kami akan sebutkan di sini beberapa contoh:

Khalid bin Makhlad

Di dalam kitab al-Mughni fi al-Dhuʽafa, Shamsuddin Zahabi menulis:

خالد بن مخلد القطواني من شيوخ البخاري. صدوق إن شاء الله. قال أحمد بن حنبل: له أحاديث مناكير. وقال ابن سعد: منكر الحديث مفرط التشيع. وذكره ابن عدي في الكامل فَساقَ له عشرة أحاديث منكرة. وقال الجوزجاني: كان شتّاماً معلناً بسوء مذهبه. وقال أبو حاتم: يكتب حديثه ولا يحتج به.

Khalid bin Makhlad al-Qathwani merupakan salah seorang guru al-Bukhari. Beliau seorang yang amat jujur berbicara, Insyallah. Ahmad bin Hanbal berkata: Beliau mempunyai banyak hadis yang “munkar”. Ibnu Saʽd berkata: Beliau seorang munkar “al-Hadis”, dan keras Syiahnya. Ibnu ʽAdi berkata di dalam kitab al-Kamil Fi al-Dhuʽafa (الكامل في الضعفاء) beliau mempunyai sepuluh hadis “munkar”. Al-Jauzajani berkata: Beliau dihina dan dilaknat kerana mazhab batil yang dianutinya. Abu Hatim berkata: Hadisnya boleh ditulis, namun tidak boleh dijadikan hujjah.
- Al-Zahabi, Shamsuddin bin Ahmad bin Uthman (meninggal dunia tahun 748 Hijrah), al-Mughni Fi al-Dhuʽafa, jilid 1 muka surat 206, tahqiq: Dr. Nur al-Din ʽItr

Di dalam kitab Tahzibul Tahzib, Ibnu Hajar menulis:

(خ م كد ت س ق) البخاري ومسلم وأبي داود في مسند مالك والترمذي والنسائي وابن ماجة خالد بن مخلد القطواني أبو الهيثم البجلي مولاهم الكوفي... قال عبد الله بن أحمد عن أبيه، له أحاديث مناكير... وقال بن سعد: كان متشيعاً، منكر الحديث، مفرطا في التشيع وكتبوا عنه للضرورة.

Al-Bukhari, Muslim, Abi Daud di dalam Musnad, Malik, Tarmizi, Nasa’i, Ibnu Majah meriwayatkan hadis daripada Khalid bin Makhlad al-Qatwani Abu al-Haytham al-Bajali… Abdullah bin Ahmad menukilkan hadis daripada ayahnya, bahawa Khalid bin Makhlad mempunyai banyak hadis “munkar”… Ibnu Saʽd berkata: Beliau seorang Syiah, “munkar al-Hadis”, sangat keras kesyiahannya dan hadis-hadis daripadanya ditulis kerana darurat.
- Al-ʽAsqalani al-Shafiʽi, Ahmad bin Ali bin Hajar Abul Fadhl (meninggal dunia pada tahun 852 Hijrah) Tahzib al-Tahzib, jilid 3 muka surat 101, nombor 221, penerbit Darul Fikr, Beirut, cetakan pertama 1404 Hijrah - 1984 Masihi.

Naʽim bin Hammad

Ibnu Hajar al-ʽAsqalani menulis tentangnya sebagai berikut:

وقرأت بخط الذهبي أن هذا الحديث لا أصل له ولا شاهد تفرد به نعيم وهو منكر الحديث على إمامته. قلت نعيم من شيوخ البخاري.

Aku membaca tulisan al-Zahabi bahawa hadis ini tidak ada asas, dan tidak ada kesaksian (tentang kesahihannya), ia hanya diriwayatkan oleh Naʽim seorang “munkar al-hadis”, cuma dia seorang pemimpin. Aku berkata: Naʽim adalah salah seorang guru al-Bukhari.
- Al-ʽAsqalani al-Shafiʽi, Ahmad bin Ali bin Hajar Abul Fadhl (meninggal dunia pada tahun 852 Hijrah), al-Amali al-Muthlaqah, jilid 1 muka surat 147, tahqiq Hamdi bin Abdul Majid bin Ismail al-Salafi, penerbit: al-Maktab al-Islami - Beirut, cetakan pertama 1416 Hijrah 1995 Masihi.

Begitu juga dalam kitab al-Nukat al-Ziraf:

قرأت بخط الذهبي: لا أصل له ولا شاهد، ونعيم بن حماد منكر الحديث مع إمامته.

Aku membaca tulisan al-Zahabi: Tidak ada asas dan kesaksian tentang kesahihannya, dan Naʽim bin Hammad adalah “munkar al-Hadis”.
- Al-ʽAsqalani al-Shafiʽi, Ahmad bin Ali bin Hajar Abul Fadhl (meninggal dunia 852 Hijrah), al-Nukat al-Ziraf ala al-Athraf, jilid 10 muka surat 173, tahqiq: Abdul Shamad Sharaf al-Din, Zuhair al-Shawish, penerbit: al-Maktab al-Islami, Beirut, Lubnan, cetakan kedua, 1403 Hijrah - 1983 Masihi.

Muhammad bin Abdul Rahman al-Thuffawi

Mizzi mensyarahkan perihal Muhammad bin Abdul Rahman al-Thuffawi sebagai berikut:

(خ د ت س): محمد بن عبد الرحمن الطفاوي، أبو المنذر البَصْرِيّ... وَقَال أبو زُرْعَة: منكر الحديث.

)Al-Bukhari, Abu Daud Tarmizi dan Nasa’i telah meriwayatkan hadis daripadanya) Muhammad bin Abdul Rahman al-Thuffawi, Abu Munzir al-Bashriy… Abu Zurʽah berkata: “Munkar al-hadis”.
- Al-Mizzi, Yusuf bin al-Zaki Abdul Rahman Abu al-Hajjaj (meninggal dunia tahun 742 hijrah), Tahzibul Kamal, jilid 25 muka surat 652 - 653, tahqiq Dr. Bashar ʽIwad, penerbit: Mu’assasah al-Risalah - Beirut, cetakan pertama, 1400 Hijrah - 1980 Masihi.

Makna (خ د ت س) adalah al-Bukhari, Abu Daud, Tarmizi dan Nasa’i.

Abu al-Baji (meninggal dunia tahun 474 Hijrah) menulis:

محمد بن عبد الرحمن أبو المنذر الطفاوي، البصري، أخرج البخاري في الرقاب والبيوع عن علي بن المديني وأحمد بن المقدام.
عنه عن أيوب والأعمش وهشام بن عروة قال أبو حاتم الرازي: ليس به بأس، صدوق، صالح؛ إلا أنه يهم أحيانا. وقال أبو زرعة الرازي: هو منكر الحديث.

Muhammad bin Abdul Rahman Abu Munzir al-Thuffawi, al-Bashri. Al-Bukhari telah menukilkan hadis daripadanya dalam bab al-Riqab dan al-Buyuʽ, yang diambil daripada Ali bin al-Mudaini dan Ahmad bin al-Miqdam. Ayyub, al-Aʽmash dan Hisham bin ʽUrwah telah menukilkan hadis daripadanya. Abu Hatim al-Razi berkata: Beliau tidak ada masalah, amat jujur berbicara, soleh, melainkan kadang-kadang ianya ragu-ragu. Abu Zurʽah al-Razi berkata: Beliau “munkar al-hadis”
- Al-Baji, Sulaiman bin Khalaf bin Saʽd Abu al-Walid (meninggal dunia tahun 474 Hijrah), al-Taʽdil wal al-Tajrih Liman Kharaja Lahu al-Bukhari Fi al-Jamiʽ al-Shahih, jilid 2 muka surat 533, nombor 533, tahqiq: Dr. Abu Lababah Husain, penerbit Darul Liwa Li Nashr wal Tauziʽ - Riyadh, cetakan pertama 1406 Hijrah 1986 Masihi.

Hassan bin Hassan al-Bashri

Ibnu Hajar di dalam syarah perihal Hassan bin Hassan menyatakan:


(خ: البخاري) حسان بن حسان البصري أبو علي بن أبي عباد نزيل مكة روى عن شعبة وعبد الله بن بكر... .
وعنه البخاري وأبو زرعة وعلي بن الحسن الهسنجاني... قال أبو حاتم: منكر الحديث. وقال البخاري: كان المقري يثني عليه، توفي سنة 213.

(Perawi hadis al-Bukhari) Hassan bin Hassan al-Bashri Abu ʽAli bin Abi ʽIbad, warga Makkah, meriwayatkan hadis daripada Shuʽbah dan Abdullah bin Bakr… Al-Bukhari telah meriwayatkan hadis daripadanya.
Al-Bukhari, Abu Zarʽah, Ali bin al-Hasan al-Hasinjani… Abu Hatim berkata: Beliau adalah “munkar al-hadis”.
Al-Bukhari berkata: al-Muqri telah memujinya, meninggal dunia pada tahun 213 Hijrah.
- Al-ʽAsqalani al-Shafiʽi, Ahmad bin Ali bin Hajar Abul Fadhl (meninggal dunia 852 Hijrah), Tahzibul Tahzib, jilid 2 muka surat 217, penerbit: Darul Fikr Beirut, cetakan pertama, 1404 Hijrah 1984 Masihi

Al-Hasan bin Bishr

Zahabi berkata tentangnya:

(خ ت س) البخاري والترمذي والنسائي الحسن بن بشر بن سلم بن المسيب الهمداني البجلي أبو علي الكوفي روى عن أبي خيثمة الجعفي... .
وعنه البخاري وروى له الترمذي والنسائي بواسطة أبي زرعة...
وقال أحمد: أيضا روى عن زهير أشياء مناكير. وقال أبو حاتم: صدوق. وقال النسائي: ليس بالقوي. وقال: بن خراش: منكر الحديث.

(perawi hadis al-Bukhari, Tarmizi dan Nasa’i). Al-Bukhari, Tarmizi dan Nasa’i telah meriwayatkan hadis daripada al-Hasan bin Bishr bin Salm bin al-Musayyab al-Hamdani al-Bajali Abu ʽAli al-Kufi, beliau meriwayatkan hadis daripada Abi Khaythamad al-Juʽfi…
Al-Bukhari meriwayatkan hadis daripadanya, sementara al-Tarmizi dan al-Nasa’i meriwayatkan hadis daripadanya melalui Abu Zurʽah…
Ahmad berkata: Beliau juga meriwayatkan sesuatu yang munkar daripada daripada Zuhair. Abu Hatim berkata: Beliau amat jujur berbicara. Nasa’i berkata: Beliau tidak kuat. Ibnu Khirash berkata: Beliau “munkar al-hadis”.
- Al-ʽAsqalani al-Shafiʽi, Ahmad bin Ali bin Hajar Abul Fadhl (meninggal dunia pada tahun 852 Hijrah), Tahzib al-Tahzib, jilid 2 muka surat 223, nombor 473, penerbit Darul Fikr Beirut, cetakan pertama 1404 Hijrah 1984 Masihi.

Mufadhdhal bin Fadhalah al-Qithbani al-Mishri

Ibnu Hajar berkata tentang Mufhadhdhal bin Fadhalah:

وثقه يحيى بن معين وأبو زرعة والنسائي وآخرون وقال أبو حاتم وابن خراش: صدوق. وقال ابن سعد: منكر الحديث.
( قلت ) اتفق الأئمة على الاحتجاج به وجميع ماله في البخاري حديثان.

Yahya bin Maʽin, Abu Zurʽah, al-Nasa’i dan yang lain mentsiqahkannya. Abu Hatim dan Ibnu Kharsh berkata: Beliau amat jujur berbicara. Ibnu Saʽd berkata: Beliau adalah “munkar al-hadis”.
(aku berkata): Para ulama bersepakat bahawa hadis beliau boleh dijadikan hujjah sementara itu terdapat dua hadisnya di dalam Sahih al-Bukhari.
- Al-ʽAsqalani al-Shafiʽi, Ahmad bin Ali bin Hajar Abul Fadhl (meninggal dunia tahun 852 Hijrah), Hadi al-Sari Muqaddimah Fathul Bari Syarh Sahih al-Bukari, jilid 1 muka surat 445, tahqiq Muhammad Faqa’id ʽAbdul Baqi, Muhibbuddin al-Khathib, penerbit Darul Maʽrifah, Beirut, 1379 Hijrah.

Daud bin Hushain al-Madani

Ibnu Hajar berkata tentang Daud bin Hushain:

داود بن الحصين المدني وثقه ابن معين وابن سعد والعجلي وابن إسحاق وأحمد بن صالح المصري والنسائي... وقال الساجي: منكر الحديث متهم برأي الخوارج.

Daud bin al-Hushain al-Madani, ditsiqahkan oleh Ibnu Maʽin, Ibnu Saʽd, al-ʽAjli, Ibnu Ishaq, Ahmad bin Shalih al-Mishri dan al-Nasa’i… Al-Saji berkata: Beliau adalah “munkar al-hadis” yang dituduh mempunyai pandangan Khawarij.

Meskipun begitu, penulis tetap mempertahankannya dengan berkata:

(قلت) روى له البخاري حديثا واحدا.

Aku (Ibnu Hajar) berkata: Al-Bukhari ada meriwayatkan satu hadis daripadanya.
- Al-ʽAsqalani al-Shafiʽi, Ahmad bin Ali bin Hajar Abul Fadhl (meninggal dunia tahun 852 Hijrah), Hadi al-Sari Muqaddimah Fathul Bari Syarh Shahih al-Bukhari, jilid 1 muka surat 339, tahqiq: Muhammad Fu’ad Abdul Baqi, Muhibbuddin al-Khathib, penerbit: Darul Maʽrifah, Beirut 1379 Hijrah.

Ismail bin Abdullah

Ibnu Hajar al-ʽAsqalani ketika menterjemahkan Ismail bin Abdullah bin Zurarah, beliau berkata:

قلت: وقد ذكر إسماعيل بن عبد الله بن زرارة الرقي أيضا في شيوخ البخاري الحاكم وأبو إسحاق الحبال وأبو عبد الله بن مندة وأبو الوليد الباجي وابن خلفون في الكتاب المعلم برجال البخاري ومسلم وقال: قال الأزدي: منكر الحديث جداً وقد حمل عنه.

Aku berkata: Al-Hakim, Abu Ishaq al-Hibal, Abu Abdillah bin Mandah, Abu al-Walid al-Baji dan Ibnu Khalfūn di dalam kitab al-Muʽallim bil Rijal al-Bukhari wa Muslim (المعلّم برجال البخارى ومسلم) menyebut bahawa Ibnu  Ismail bin Abdullah bin Zararah al-Raqqi sebagai salah seorang guru al-Bukhari. Al-Azdi berkata: Beliau benar-benar “munkar al-hadis” namun riwayatnya pernah dinukilkan.
- Al-ʽAsqalani al-Shafiʽi, Ahmad bin Ali bin Hajar Abul Fadhl (wafat pada tahun 852 Hijrah), Tahzibul Tahzib, jilid 1 muka surat 269, penerbit: Darul Fikr, Beirut, cetakan pertama 1404 - 1984 Masihi.

Muhammad bin Ibrahim al-Timi dan Zaid bin Abi Unaisah

Zailaʽi menulis di dalam kitab Nashb al-Rayah (نصب الراية):

وقد قال أحمد بن حنبل في محمد بن إبراهيم التيمي: يروي أحاديث منكرة وقد اتفق عليه البخاري ومسلم وإليه المرجع في حديث «إنّما الأعمال بالنيات» وكذلك قال في زيد بن أبي انيسة: في بعض حديثه إنكارة وهو ممن احتج به البخاري ومسلم وهما العمدة في ذلك... .

Ahmad bin Hanbal berkata: Muhammad bin Ibrahim al-Timi berkata: Beliau meriwayatkan hadis-hadis “munkar”, sedangkan al-Bukhari dan Muslim merujuk kepadanya tentang hadis “Sesungguhnya perbuatan dengan niat”. Zaid bin Abi Unaisah juga berkata: Sebahagian hadisnya adalah “munkar”, dan beliau adalah antara orang yang dijadikan hujjah oleh al-Bukhari dan Muslim…
- Al-Zailaʽi, Abdullah bin Yusuf Abu Muhammad al-Hanafi (Meninggal dunia tahun 762 Hijrah), jilid 1 muka surat 179, tahqiq: Muhammad Yusuf al-Banuri, penerbit Darul Hadis, Mesir, 1357 Hijrah.

Hadis ini telah diselewengkan oleh Ahlusunnah

Apa yang menarik perhatian di sini ialah beberapa orang ulama Ahlusunnah telah menyelewengkan hadis tersebut semata-mata kerana ingin menjaga maruah Abu Bakar. Abu Ubaid Qasim bin Salam di dalam kitab al-Amwal dan Bakri al-Andalusi di dalam kitab Muʽjam Ma Istaʽjam (معجم ما استعجم) menyatakan:

أما إني ما آسي إلا على ثلاث فعلتهن وثلاث لم أفعلهن وثلاث لم أسأل عنهن رسول الله (ص) وددت أني لم أفعل كذا لخلة ذكرها.
قال أبو عبيد: لا أريد ذكرها.

Aku menyesal dengan tiga perbuatan yang aku lakukan, tiga perkara yang belum aku lakukan, tiga perkara yang belum aku tanya kepada Rasulullah (s.a.w), dan aku suka sekiranya tidak aku lakukan perkara itu (sambil menyebut perbuatan itu). Abu ʽUbaid berkata: Aku tidak mahu menyebutnya.
- Abu ʽUbaid al-Qasim bin Salam (meninggal tahun 224 Hijrah), kitab al-Amwal, jilid 1 muka surat 174, penerbit Darul Fikr, Beirut, tahqiq Khalil Muhammad Haras, 1408 Hijrah - 1988 Masihi.
- Al-Bakri al-Andalusi, Abdullah bin Abdul Aziz Abu ʽUbaid (meninggal dunia 487 Hijrah), Muʽjam Ma Istaʽjam Min Asma al-Balad wal Mawadiʽ, jilid 3 muka surat 1076 - 1077, tahqiq: Musthafa al-Saqa, penerbit: ʽAlam al-Kutub, Beirut, cetakan ketiga, 1403 Hijrah.

Hakim al-Nishaburi telah menghapuskan perbahasan hadis serangan ke atas rumah Fathimah Az-Zahra secara keseluruhannya sehinggalah semua orang dapat dialihkan perhatian tanpa terasa ingin menyelidiki rijalnya.

أخبرنا الحسين بن الحسن بن أيوب أنبأ علي بن عبد العزيز ثنا أبو عبيد حدثني سعيد بن عفير حدثني علوان بن داود عن صالح بن كيسان عن حميد بن عبد الرحمن بن عوف عن أبيه قال دخلت على أبي بكر الصديق رضي الله عنه في مرضه الذي مات فيه أعوده فسمعته يقول وددت أني سألت النبي صلي الله عليه وسلم عن ميراث العمة والخالة فإن في نفسي منها حاجة.

Al-Husain bin al-Hasan bin Ayyub telah menceritakan kepada kami, Ali bin Abdul ʽAziz telah menceritakan kepada kami, Abu ʽUbaid telah menceritakan kepada kami, Saʽid bin ʽUfair telah menceritakan kepada kami, ʽUlwan bin daud meriwayatkan daripada Shalih bin Kaysan, Hamid bin ʽAbdul Rahman bin ʽAuf meriwayatkan daripada ayahnya yang berkata: Aku bertemu dengan Abu Bakar al-siddiq radhiallahuanhu ketika sedang sakit yang membawa kematiannya. Aku mendengar dia berkata: Aku suka kalau dapat bertanya kepada Nabi (s.a.w) tentang warisan bapa saudara dan ibu saudara, sesungguhnya aku ada hajat daripadanya.
- Al-Nishaburi, Muhammad bin Abdullah bin Abu Abdillah al-Hakim (meninggal dunia 405 Hijrah), al-Mustadrak ʽAla al-Shahihain, jilid 4 muka surat 381, hadis 7999, tahqiq: Mushthafa Abdul Qadir ʽAtha, penerbit Darul Kutub al-ʽIlmiyah, Beirut, cetakan pertama 1411 Hijrah - 1990 Masihi.

Jalur sanad ini adalah sama seperti yang dinukilkan sumber-sumber lain, dan peristiwa pertemuan antara ʽAbdul Rahman bin ʽAuf juga sama seperti riwayat sebelum ini iaitu berkaitan dengan penghujung riwayat hidup Abu Bakar. Malangnya orang yang menukilkan hadis ini tidak beramanah dengan menyelewengkan seluruh teks yang mana peribadinya tidak rela sedikitpun menerima hakikat maruah Abu Bakar yang tercalar.

Penyelewengan ini merupakan dalil paling baik tentang kesahihannya, ini disebabkan hadis dhaif tidak perlu diselewengkan lagi kerana hadis dhaʽif tidak perlu dibahaskan penerimaannya.

Kesimpulan

Satu-satunya permasalah yang dikaitkan dengan hadis ini ialah “munkar al-hadis” perawinya yang bernama ʽUlwan bin Daud. Namun permasalahan ini ditolak kerana pertama: Sebahagian ulama besar Ahlusunnah telah meng“hasan”kan hadis ini, kedua: Menurut iktikad sebahagian tokoah Ahlusunnah, Ibnu Hibban al-Shafiʽi merupakan seorang yang amat keras dalam mentsiqahkan seseorang, dan beliau telah mentsiqahkan ʽUlwan bin Daud. Ketiga: “Munkar al-hadis” yang dikaitkan pada ʽUlwan bin Daud tidak dapat disabitkan. Keempat: Sekiranya perkara ini benar sekalipun, ianya tidak akan dapat menjejaskan kesahihan hadis tersebut. Ini disebabkan terlalu ramai perawi yang dikaitkan dengan “munkar al-Hadis”adalah tsiqah sehingga ada di antara perawi hadis al-Bukhari adalah “munkar al-Hadis”. Kesimpulannya hadis ini tidak ada masalah menurut penelitian sanad.